loading...

10 Corat-Coret Perkara Menarik Konsert Gegar Vaganza Minggu 3


Sumber foto asal: Youtube Astro Gempak

1. Konsert dibuka dengan persembahan oleh juri jemputan, Datuk Yusof Haslam yang mendendangkan lagu 'Kasih' nyanyian asal Broery Marantika.

2. Persembahan 'Baby Shark' dinyanyikan oleh Nabil dan Jihan mencuit hati penonton, dimana liriknya ditukar dengan lirik baru yang kedengaran sangat lucu dan kreatif.

3. Ketika memperkenalkan juri tetap, Hetty Koes Endang, Nabil sempat mengusik anak gadisnya, Afi yang menjadi jurusolek ibunya pada malam tadi. Nabil berseloroh ingin bermenantukan ibu Hetty dan mengajak Afi makan bakso bersama selepas konsert.

4. Persembahan pembukaan 11 peserta yang tinggal pada malam tadi dimulakan dengan Aishah yang membawakan lagu 'Terukir di Bintang' nyanyian Yuna. Membawakan karakter Datuk Seri Vida, Aishah memakai tiara dan selendang berwarna pink. Beliau sempat berseloroh kononnya Aishah yang sebenar tidak dapat hadir kerana bajunya tidak siap.

5. Semasa memberikan komen, Datuk Ramli MS 'terlepas cakap' yang Datuk Seri Vida 'buruk perangai'. Beliau kemudiannya menambah, karakter dimainkan oleh Datuk Seri Vida bagi melariskan produknya adalah bijak. Kata-kata beliau itu disampuk Nabil, "Takut lah tu".

6. Persembahan Raja Azura menerusi lagu 'Perhaps' sekali lagi menampilkannya menyelitkan ucapan semasa nyanyian. Kali ini ia berbunyi, "Lepas ke minggu ni? Sakan? Sakan dah". Komen Tok Ram merujuk nyanyian Raja Azura sebagai 'nafas ikan'. Sebelum meninggalkan pentas, Raja Azura membuat gaya 'angkat kaki' ke arah Tok Ram. Tok Ram nampak seperti tidak berpuas hati dengan tindakannya itu. Beliau berkata sesuatu, namun tidak didengari dengan jelas kerana mikrofon tidak berfungsi dengan baik.

7. Penampilan Tia Jinbara menyanyikan lagu 'Bila Resah' mendapat usikan Nabil dan Tok Ram yang berasakan imejnya sama seperti penyanyi asal lagu tersebut, Anuar Zain.

8. Liza Hanim, berjaya memukau penonton dan juri menerusi lagu rock, 'Lagu Untukmu' nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Husin. Ibu Hetty sekali lagi memberikan standing ovation buatnya pada minggu ini. Tok Ram memuji keupayaan Liza Hanim dalam mencipta karya vokal menggunakan idea dan variasi yang berbeza.

9. Persembahan penutup dari Firman dengan lagu dendangannya, 'Zalikha' menarik perhatian apabila dia menggunakan hailer di satu bahagian pada lagu itu.

10. Liza Hanim buat pertama kali memenangi 'Anugerah Gelora Vida Vaganza', manakala Raja Azura diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ini. Kata-kata terakhirnya berbunyi, "Seni itu agak halus. Anak seni juga agak jujur di atas pentas".


Related Posts :