loading...

Raf Yaakob Dedah Punca Tiada 'Malam Pertama' Dengan Mawar Rashid


Sumber foto asal: Instagram.com/rafyaakob

Menerusi akaun Instagram, Raf Yaakob baru-baru ini berkongsi suatu kisah melucukan tentang malam pertama bersama isteri yang baru dikahwininya, Mawar Rashid.

Hajat untuk 'bertemu' isterinya itu selepas pulang dari Stadium Panasonic tidak kesampaian.

Foto tersebut menunjukkan Mawar sedang nyenyak tidur di sebelah Rayyan iaitu anak sulung hasil perkahwinan Raf yang terdahulu.


Malam Jumaat EXPECTATION vs REALITY. Selepas saja nikah, Raf masuk bilik cepat-cepat salin baju.

Sempat snap gambar katil pengantin yang romantic tu. Lepas itu terus bergegas ke Stadium Panasonic.

Ada game penting dengan @o2fc for #SCL2017. We won 1-0! Lepas game sanggup tak join makan-makan ngan pemain sebab nak balik kat isteri tercinta.

Pandu laju-laju dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Sampai saja bilik, tengok @mawarashid dan @rayyanchanelaraf dah tidur. Raf pun tidur terus.

Setakat ini, foto berkenaan telah mendapat lebih 26,000 likes dan 500 komen.

Rata-rata meluahkan rasa lucu dengan cerita tersebut dan merasakan mereka pasangan yang cukup sweet.

Sumber berita: mStar Online

Related Posts :