Kredit foto: BH Online
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Fattah Amin merangkul trofi utama pada malam itu. Jom tengok antara perkara menarik yang berlaku sepanjang acara anugerah berprestij tersebut berlangsung.
1. Pengantin baru, Juliana Evans kelihatan berseri-seri mengenakan busana biru ketika menjadi penyampai trofi disamping Farid Kamil dan Puteri Aisyah.
2. Penyanyi Khai Bahar membolot kedua-dua trofi Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular mengalahkan pesaing terdekatnya, Aiman Tino.
3. Kemunculan Dato' Seri Vida selaku penaja rasmi acara pada malam itu memang mencuit hati ramai dengan keletahnya yang kelakar dan bersahaja. Pasangan penyampainya pada malam itu iaitu Marsha dan Ajak turut sempat mengusiknya dengan mengatakan dia kelihatan seperti pari-pari. Dato' Seri Vida mengatakan fesyen yang berada di atas kepalanya itu diinspirasikan dari 'gamat'. Setelah Khai Bahar memberi ucapan kemenangannya, Dato' Seri Vida turut sempat memberikan penyanyi itu flying kiss sebelum mengusiknya sebagai 'anak ikan'. Penonton gelak sakan dibuatnya.
4. Radin mencipta kejutan apabila berjaya mengalahkan Johan menerusi kategori Penyampai Radio Popular. Sewaktu memberikan ucapan kemenangan, Radin sempat berkata "Kau tetap idola aku Johan" sambil Johan dilihat bangun dari tempat duduknya kononnya sedang memberi amaran kepada Radin.
5. Kemenangan Ifa Raziah mengaut trofi Artis Versatil Popular mengalahkan artis muda, Aliff Satar dan Zizan juga mengejutkan membuktikan orang lama juga masih mampu mendapat tempat di hati peminat.
6. Sharifah Shahira yang juga ditugaskan sebagai penyampai trofi pada malam itu tampil bertudung yang menurutnya bagi mengikuti tema futuristik.
7. Pelakon Ashraf Muslim cukup sporting kerana membawa bersama kedua-dua isterinya pada malam itu.
8. Dato' Siti Nurhaliza membuat sedikit kesilapan ketika menyampaikan single 'Segala Perasaan' yang didendangkan buat pertama kali pada malam itu. Apa-apa pun persembahannya tetap memukau para penonton.
9. Sewaktu Ogy memperkenalkan penyampai trofi, Liza Abdullah dan adiknya sendiri, Fazlina Ahmad Daud, dia telah meminta muzik diperlahankan sambil berkata "Muzik slow sikit, legend tengah cakap".
10. Pelakon Didie Alias paling menonjol pada malam itu kerana fesyen yang digayakannya memang daring dan lain dari yang lain.
Kredit foto: Instagram @ladydidiemsia