Kredit foto: Instagram @fattahaminz & rojakdaily.com
Pelakon utama drama yang mencetus fenomena baru, Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Fazura (Fattzura) tidak hadir dalam rancangan MeleTOP semalam.
Namun, perkara tersebut telah diumumkan pengarah drama Michael Ang di Instagramnya sebelum ini yakni Fattzura bakal jadi tetamu undangan pada episod MeleTOP yang lain.
Tetapi, Neelofa dilapor menyatakan yang Fattzura tidak muncul semalam kerana Fattah membatalkan pada saat-saat akhir.
Untuk menjernihkan keadaan, Fattah membuat penjelasan di Instagram Live berhubung isu tersebut.
Sejurus selepas itu, Neelofa dilihat membalasnya menerusi Instagram Stories dengan menyindir Fattah yang dikatakan sepatutnya hadir pada malam semalam.
Sumber: beautifulnara.com & Forum CARI