Menerusi Instagramnya, Izzue telah membuat coretan sedih dimana dia turut memohon maaf kepada Awin kerana mereka masih berdua menyambut sambutan ulangtahun perkahwinan mereka.
Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.
Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah.
Terima Kasih Semua.
Luahan itu menyentuh hati para peminatnya yang berdoa supaya mereka dapat menimang anak sulung kelak.
Selain itu, Izzue juga merancang untuk merujuk kepada doktor pakar bagi mengetahui punca situasi berkenaan.
Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.
Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.
Tetapi, Izzue memberitahu ianya sama sekali tidak menjejaskan kebahagiaan rumahtangga mereka berdua.
Malah, baginya keputusan untuk berkahwin awal tatkala sedang popular bersama kumpulan Forteen bukan suatu kesilapan.
Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.
Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak.
Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk.
Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga.